Sunday, 26 October 2014

Tawakkal


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt dan salam kekuatan.

Peperiksaan yang makin menjelang untuk berbicara tentang satu isu, iaitu 'TAWAKKAL'. Ramai yang membuat persiapan yang amat rapi untuk menghadapi peperiksaan. Tidur awal dan bangun awal, tenangkan hati dan minda, jaga pemakanan dan macam-macam lagi.

Tetapi berapa ramai yang membuat persiapan untuk menghadapi keputusan? Keputusan daripada usaha dan penat lelah. Keputusan daripada jerih perih kita berjuang dalam medan kita sendiri. Berapa ramai yang benar-benar bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, sama ada baik atau buruk?

Di sinilah konsep tawakkal itu hadir. Tawakkal kepada Allah atas segala usaha. Bersyukur atas segala ketentuan kerana tahu itulah yang terbaik. Berlapang dada walaupun keputusan itu adalah bukan seperti yang kita inginkan.

Dapatkah kita sampai ke tahap itu? Kena uji sedikitpun dah melalak sekampung, kalau lagi besar macam mana agaknya?

Lu fikirlah sendiri.

Sekian, wassalam.

Appreciate. Our effort. Appreciate

Senang Bukan Selamanya


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt dan salam sayang...


Kali ini aku ingin berkongsi mengenai satu kata-kata nasihat daripada Saidina Umar Al-Khattab, sahabat yang juga merangkap menantu Rasulullah SAW.


"Biasakan diri dengan hidup yang SUSAH, kerana keSENANGan tidak akan kekal selamanya"

Bagiku, tak semua orang mampu untuk buat begini. Susah sedikit sudah mengeluh. Susah sedikit sudah merungut. Penat sedikit dah bising. Bagaikan kalau boleh nak masuk surat khabar, beritahu satu dunia tentang kepenatan, kesusahan kita.

Aku sendiri juga begitu. penat sedikit sudah tidak berdaya. Susah sedikit sudah merungut macam-macam. Ketiadaan WiFi pun sudah mengeluh panjang. Menetap di asrama ini yang penuh kemudahan, membuatkan ramai yang leka dengan kesenangan. Apabila sedikit demi sedikit kemudahan ditarik, mulalah kecoh tidak bertempat.

Yang sebenarnya, kesenangan juga satu ujian, bukan semata-mata kesusahan.

Ujian agar kita gunakan nikmat Allah itu sebaik-baiknya.

Ujian untuk kita menjadi pemurah, berkongsi dengan yang kekurangan.

Ujian untuk kita terus tunduk walaupun nikmat itu meliputi alam.


Agak-agak kita lepas tak ujian tu?

Sekian, wassalam

Appreciate. The gift from Allah. Use wisely.