"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Bersabarlah,"
"Mudah untuk kau bercakap. Kau tak rasa apa yang aku rasa,"
"Memang, tetapi apa yang boleh aku cakap lagi selain daripada suruh kau bersabar? Takkan aku nak suruh kau hantuk kepala kat dinding, tak pun menangis berguling-guling?"
"Takdelah sampai macam tu. Entahlah, aku tak tahu nak kata apa lagi. Rasa dah tak mampu nak hadap semua ni,"
" Kenapa rasa macam tu? Bukankah Allah takkan uji hamba dia melebihi kemampuan. Allah tahu kau mampu untuk hadapi, dan sebab itu dia beri semua ni,"
-Terkelu-
"Jangan menyesal, sedih dengan apa yang kau terima harini. Apa yang kau hadap harini akan ajar kau untuk tempuh masa depan. Bukankah MUSIBAH itu PELUANG untuk MUHASABAH? Kalau tidak sampai bilapun manusia takkan sedar."
-Menarik nafas panjang-
"Lagipun musibah itu tanda kasih sayang Allah pada kita. Sebab Dia ingat kita, dan dia nak kita makin dekat pada Dia. Dia tak mahu kita terus hanyut, jadi dia tarik kita dekat pada Dia dengan cara macam tu. Ok?
- Angguk perlahan-perlahan-
"Aku tak halang kau nak nangis, nangislah sepuas mana yang kau nak. Tapi pastikan kau bangun balik lepas kau nangis tu. Boleh?"
-Senyum. Tepuk bahu sendiri-
Ini bukanlah dialog dengan sesiapa. Hanya monolog dalaman. Monolog bagi menambah kekuatan. Monolog bagi mengingatkan kebesaran Tuhan. Bangunlah wahai diri. Tabahkan hati. Allah sentiasa di sisi. :)
No comments:
Post a Comment