Friday, 23 January 2015

Selamat Ulangtahun Erudite 1415

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt dan salam memori.

20 Januari yang lalu mencipta berbagai-bagai perasaan yang bercampur baur. Sedih, bangga, gembira, terharu, semuanya bagaikan bergabung.

20 Januari 2014 - 20 Januari 2015. Satu tempoh masa. Mungkin lama. Namun mungkin juga sekejap. Terasa tempoh setahun bagaikan sudah cukup panjang, kerana kita mampu membina ukhuwah yang baik dan menyemai rasa penuh kasih sayang. Namun, setahun bagaikan terlalu singkat. Terlalu singkat untuk kita terus membina pelbagai memori bersama, untuk dilipat kemas sebagai sejarah terindah apabila kita sudah membawa haluan sendiri nanti.

All best dear Erudites. Be tough and strong. You are always in my heart <3
Mungkin mereka boleh berkata apa-apa saja tentang kita. tetapi, hanya kita yang mengetahui kebenarannya. Bertahanlah. Bangunlah. Mereka di luar menanti kemunculan kita yang bakal melakar sesuatu dalam sejarah.

Semoga persahabatan yang terbina akan kekal selamanya. Aku yakin, potret itu adalah antara kenangan terindah dalam hidup kita. Simpanlah sebaik-baiknya dalam hati. InshaaAllah, kita akan terus mencipta lebih banyak kenangan bersama.

Sekian, terima kasih.

Appreciate. We are one family. Appreciate.