Assalamualaikum wbt dan salam kasih sayang...
Pelik kan bila tengok tajuk kat atas tu? Apa benda yang aku nak sembangkan dalam kolum ni?
Nak tanya sikit... bagi yang duduk asrama, universiti, kolej hatta dah bekerja sekalipun, berapa kali anda hubungi mak ayah?
~ Sehari sekali?
~ Seminggu sekali?
~ Sebulan sekali?
~ Tiga bulan sekali?
~ Tak pun, bila tengah pokai?
Jawapan tu ada pada anda. Ada dalam kalangan kita yang segan untuk hubungi mak ayah, kebanyakannya lelakilah(jangan marah naaa). Katanya, nampak tak macho, lembut, anak emak dan macam-macam lagi. Kita yang perempuan ni pulak terlalu sibuk dengan hal yang tak perlu kita sibukkan, sampai terlupa nak hubungi mak ayah.
Kalau yang menetap dengan mak ayah, sebelum pergi kerja, sekolah, adakah anda cium tangan mak ayah, peluk cium mereka? Ada?
Kalau yang lelaki ni jawapannya lebih kurang yang ataslah. Yang perempuan pulak jenis kalut tambah gelabah dengan urusan yang tak perlu dikalutkan sampai lupa minta restu mak ayah sebelum buat apa-apa.
Jadi, apa kena mengena isu ni dengan tajuk tu?
Nak tunggu mak ayah dalam kubur?
Haihh, sudah-sudahlah dengan ego tu. Segan sangat nak sayang mak ayah depan orang. Yang kau angkut anak dara orang kehulu kehilir tu tak segan pulak. Yang duk jalan pegang tangan pakwe tu tak malu pulak.
Kekasih mati tak apa. Boleh cari baru. Dah tak ada jodoh nak kata apa. Ni kalau mak ayah mati nak cari baru kat mana? Hilang satu keberkatan iaitu doa ibu.
Hubungilah mereka selalu, kerana barangkali itu kali terakhir kita berbual dengan mereka. Doakanlah mereka, kerana doa anak yang soleh itulah antara bekal yang mereka nak bawa ke dalam kubur.
Jangan nanti duk meraung,meroyan kat kubur sudah...
Sekian, wassalam.
Appreciate. Our parents.