Thursday, 6 November 2014

Kerana Cinta

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt dan salam sayang.

CINTA. 
Sesuatu yang terlalu subjektif. 
CINTA. 
Hanya terasa di hati. 
CINTA. 
Tak semua mampu mengakui atau mengungkapkan.
CINTA.
Mahal nilainya, namun adakalanya terlalu murah.

Kerana cinta, manusia hidup saling sayang menyayangi. Penuh harmoni. Penuh kebahagiaan. Namun jangan lupa, kerana cinta, manusia turut merana. Memutik dendam di hati. Mencambah rasa benci. Menggadai diri. Manggadai maruah. Menggadai agama.

Cinta manusia itu tidak kekal lama. Sementara. Belum tentu terbalas. Cinta dunia tak bawa ke mana. Kelak hancur meninggalkan debu-debu. Cintalah pada yang Abadi. Tak pernah luput. Cinta kita setia terbalas. Mungkin sukar, tapi berusahalah. Kerana arah tuju kita semua hanya pada dia.



Sekian, wassalam.

Appreciate. Love. Spark happiness.