Tuesday, 9 December 2014

Fitnah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt dan salam pertautan...

Pernah dengar ayat ni?

"Kau tahu tak dosa fitnah tu lagi besar daripada dosa membunuh?"

Yakin ramai yang pernah dengar. Nak tahu kenapa?


#1

"Beb, kalau kau nak tahu, isteri kau tu main kayu tiga. Dia sekarang ni ada skandal dengan kawan lama dia. Kau tak tahu ke? Apa punya dayuslah kau ni... Nama je suami, tapi tak tahu apa-apa,"

~Tanpa usul periksa, si suami pun menceraikan isteri yang langsung tak buat apa-apa, akibat dek rasa tercabar dan termakan fitnah rakan yang sebenarnya nak kan isterinya~

#2

"Kau tahu tak Senah, sekarang ni si Joyah tu dah beli gelang mas baru. Sampai ke siku ni haaa. Dah pandai berlawa pulak tu. Siap bersolek, buat fitness bagai. Lepastu dia kata dia cuma geng dengan yang vogue macam dia ja. Kalau yang badan spesies dugong, atas besar bawah kecik macam kau ni dia memang tak layan. Bukanlah aku yang cakap, di yang cakap,"

~ Si Senah yang sakit hati pun terus pergi ke rumah Joyah yang tak tahu menahu ni dan berlakulah insiden tarik menarik rambut sambut terkeluar gigi palsu si Joyah. Lerailah hubungan persahabatan yang bermula sejak dari main pondok-pondok lagi~

#3

"Bro, aku ada benda nak cakap sikit ni. Aku nak bagitahu yang sebenarnya anak buah kau tu dah cerita macam-macam benda buruk pasal kau kat laman sosial yang baru tu. Yelah, kau kan tak sign up lagi laman sosial tu. Dia kata yang kau ni tak boleh dipercaya, kaki songlap, sengkek, aihh, macam-macam lagilah. Tak sanggup aku nak cakap. Kau tak payahlah simpan lagi orang macam tu,"

~ Ketua yang rasa tertipu ni pun memecat pekerjanya yang cukup produktif dan jujur, kerana termakan fitnah si polan yang sebenarnya nak ambil kesempatan~

#4

" Samdul, kalau kau nak tahu, dia tulah yang langgar lari ayah kau sampai ayah kau meninggal. Serius beb. Aku dah siasat. Kau kene ambil tindakan. Hutang nyawa dibayar nyawa beb. Kalau kau lapor polis pun dah tak guna. Polis pun dah tutup kes. Kau yang kena bertindak sendiri,"

~Si Samdul yang biul ni pun pergi rumah si polan yang kene fitnah tu. Bertekak sampai nak terkeluar lidah. Si Samdul ni langsung tak mahu percaya kata-kata si polan yang sebenarnya orang yang tolong ayahnya masa peristiwa tu. Akhirnya tanpa sengaja, Si Samdul ni dah tertolak si polan tu jatuh tangga sampai meninggal dunia. Dan kawannya yang durjana tu pun gelak mengekek sebab Samdul kena masuk penjara~


Berdasarkan cerita di atas, nampak tak kenapa memfitnah tu lagi besar dosanya daripada membunuh?
Disebakan fitnah, manusia boleh hilang kawan.
Disebabkan fitnah, suami isteri sampai bercerai berai.
Disebabkan fitnah, manusia jadi pendengki, iri hati dan pendendam.
Disebabkan fitnah, manusia hilang kerja.
Dan disebabkan fitnah, manusia sampai berbunuh-bunuh.

Nampak?

Sekian, wassalam.

Appreciate. Your mouth. Speak wisely. For it will be your witness on the Judgement Day.