Friday, 6 March 2015

La Tahzan

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt dan salam kekuatan jiwa.

La Tahzan, dalam sebutan Arabnya. Dalam Bahasa Melayunya, bermaksud 'Usah bersedih'...

Aku yakin, kita pernah melalui satu tahap dalam kehidupan, yang mana kita rasa terlalu penat dengan dunia. Bagaikan ingin melarikan diri daripada manusia. Terasa bagaikan mahu menjerit sepuas-sepuasnya, biar satu dunia rasa perit yang kita pendam selama ini. Terasa mahu menyergah orang yang sedang melukakan hati kita, biar dia sedar salahnya dia.

Pernah rasa begitu bukan?
Biasalah remaja. Gelojak jiwanya ternyata amatlah hebat. Mudah sahaja naik angin, mudah sahaja beremosi, mudah sahaja ingin menangis.

Nasihatku cuma satu. Biar apa sekalipun cara kalian ingin menempuhnya, pastikan hati kalian telah dipsakkan dengan Allah.

Teguhnya kita berdiri kerana Allah.
Sabarnya hati kita kerana Allah.
Kuatnya qalbu kita kerana Allah.

Semata-mata kerana Allah. Aku yakin, dengan cara inilah, kita mampu menempuh segalanya. Terluka sedalam mana pun hati takkan pernah menjadikan kita seorang pendendam. Penat dengan dunia hinggakan terduduk sekalipun, takkan mampu menjadikan kita seorang yang beremosi. Kerana apa?

Kerana adanya Allah. Tak usahlah bersedih selalu. Mantapkan hati dengan zikrullah. Saat-saat getir beginilah yang banyak menarik kita kepada Allah. Bersabarlah, sesungghinya Allah bersama-sama dengan orang yang bersabar...

Sebelum aku akhiri tinta ini, suka untuk aku kongsikan lagu di bawah...