Tuesday, 28 October 2014

Ukhuwah vs Darjat

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt dan salam persaudaraan.

UKHUWAH. Apakah erti ukhuwah sebenarnya? Menurut Al-Quran, ukhuwah bererti perasaan kasih sayang, tolong menolong, bantu membantu, bertolak ansur, bermesra dan cinta mencintai diantara sesama umat Islam tanpa terkecuali.

Mendalam sebenarnya maksud itu. Perkataan 'tanpa terkecuali' benar-benar menusuk jiwa. Adakah kita menerima setiap manusia tanpa terkecuali? Ataupun kita melihat manusia dengan darjat yang berbeza.

Yang kaya dirai, yang miskin dicaci.
Yang pandai didampingi, yang bodoh dibenci.
Yang atas dijulang, yang bawah ditendang

Kalau hati kita menetapkan manusia berbeza darjat, pangkat yang menjadi racun dunia, tetapi mulut memperjuangkan ukhuwah itu, maka tiada makna sebenarnya. Kita hanya menipu. Bukan sahaja menipu manusia, malah diri sendiri.

Tiada apa yang membezakan manusia, kecuali amalnya. Kerana itu pentingnya ukhuwah itu. 
Ukhuwah dalam keluarga.
Ukhuwah dalam masyarakat.
Ukhuwah sesama jemaah.

Dan yang penting, ukhuwah sesama umat.

Walaupun kita berbeza daripada segala segi, tetapi kita dihubungkan dengan jalinan iman dan takwa. Terjalin dengan dua kalimah itu. Ya, dua kalimah itu.

Sekian, wassalam.

Appreciate. Without prejudice. We are just the same.

Berleter

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Banyak pulak aku menulis hari ni. Entah, terasa banyak benda yang nak dikongsi dengan para pembaca. Kali ini terasa nak berkongsi dan bertanya pendapat pembaca tentang.......

'BERLETER'

Hahaha. Mesti pelik kenapa isu ni yang aku bangkitkan. Entah kenapa, tetapi terasa nak bangkitkan isu ni.

Bila cakap pasal berleter, mesti perkara pertama yang muncul di minda kalian adalah PEREMPUAN! Kan? Kan? Kan? Tak perlulah nak tipu. Dah dapat baca fikiran anda semua. Aku sendiri pun terfikir perkara yang sama.

Kalau tak silap aku, ada kajian yang menyatakan bahawa orang perempuan secara umumnya akan bercakap kira-kira 20 000 patah perkataan sehari, manakala orang lelaki bercakap kira-kira 6000-7000. 

Wahhh, nampak tak betapa jauhnya perbezaan tu. Sebab itulah perempuan ni banyak bercakap. Mungkin sekarang kita sakit hati apabila mak atau kakak atau adik perempuan atau rakan perempuan kita berleter. Perempuan ni jarang berleter pasal benda yang merapu. Selalunya perkara yang dileterkan adalah benda yang penting. Cuma adakalanya isi yang nak disampaikan tu sikit je, tapi huraiannya yang panjang berjela.

Tapi bila dah tak berleter, baru terasa sunyinya. Perempuan kalau perang mulut ni, selalunya tak simpan dalam hati. Tapi kalau perang dingin, itu memang makan dalam.

Fikir-fikirkanlah.

Sekian, wassalam.

Appreciate. Their words. Their nags. Appreciate.

Marah

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt dan salam kesabaran.

Ok, sekarang ini aku nak bercerita mengenai MARAH. M-A-R-A-H. Ataupun nama lain yang lebih kurang, melenting, baran, naik angin, naik minyak, panas hati dan berbagai-bagai lagi istilah yang orang zaman moden ni bagi.

Sebelum kita berbicara lanjut, cuba pergi depan cermin, cermin diri. Adakah aku ni cepat marah? Adakah aku ni cepat melenting? Aku ni senang sangat ke nak naik angin walaupun sebab benda-benda kecil dan remeh. Jika ya, pernah tak aku cuba untuk berubah? Jika tak, tepuk bahu sendiri dan ucapkan syabas serta berazam untuk terus begitu.

Marah ni terbahagi kepada empat kalau tak salah aku.
  • lambat marah tetapi cepat reda
  • lambat marah dan lambat jugak nak reda
  • cepat marah dan cepat jugak nak reda
  • cepat marah tetapi lambat betul nak reda
Jenis yang pertama ni adalah yang terbaik. Tetapi spesis macam ni dah susah dah nak cari zaman sekarang ni.
Yang jenis kedua ni pulak agak menakutkan. Spesis yang jarang marah, tetapi sekali meletup memang kesan tu melekat lama dalam hati.
Yang jenis ketiga ni spesis senang melenting + sentap. Jenis yang senang nak meletup, tetapi lepas dia dah letup tu, ok balik. Kiranya dia dah meluahkan apa yang terbuku di hati.
Yang jenis keempat ni yang paling teruk. Marahnya, melentingnya cukup laju. Benda secubit pun nak marah. Lepastu, lambat pulak nak habis anginnya. Yang spesis macam ni kebanyakannya suka mengungkit bila tengah marah.

Jadi, kita ni yang mana satu? Jangan tanya diri sendiri, tanya orang sekeliling. Mereka itulah cermin kita yang sebenarnya.

Disini aku selitkan sekali satu video ringan untuk kita ambil iktibar. Memang dasarnya video ini lucu (walaupun taklah lucu sangat bagi aku), tetapi masih ada pedoman yang boleh dipelajari.


Sekian, wassalam.

Appreciate. Others feeling. Think before you talk.

4K1 1415

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamalaikum wbt dan salam persahabatan.

Tiba-tiba terasa nak bercerita tentang rakan sekelas aku di sini. Waktu hujan-hujan macam ni, memang seronok mengimbau memori. Dapat pulak kalau duduk tepi tingkap, sambil atas meja ada secawan teh. Huishhh, sedap tu.

Ok ok, berbalik kepada asal. Jadi inilah kawan sekelasku, teman seperjuanganku dan rakan susah senang dalam menerusakan perjuangan di sini.

4K1 1415



Setiap satu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Kelebihan yang tersendiri. Kekurangan yang tersendiri.

Ada yang kuat mengusik.
Ada yang asyik main.
Ada yang suka menyanyi.
Ada yang kerjanya merayau.
Ada yang selalu bergaya.
Ada yang terlebih perasan.

Macam-macam ada dengan rakan sekelas aku ni. Walaupun kami tidak sama, tetapi perbezaan itulah yang melengkapkan kami. Saling melengkapi.

Sekian, wassalam.

Appreciate. Our friendship. Appreciate.