Tuesday, 21 October 2014

Tak Serupa Tapi Sama

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan.

Hari ni, seluruh penganut yang beragama Hindu menyambut perayaan Deepavali. Dengan itu juga, hari ini merupakan cuti umum bagi semua rakyat Malaysia bagi sama-sama meraikan perayaan ini.

Kami di PERMATApintar turut tidak ketinggalan, bersama-sama meraikan perbezaan budaya yang ada di Malaysia. Hari Jumaat yang lalu, kami para pelajar Level 1 a.k.a Erudite berpeluang untuk membuat 'kolam', salah satu daripada amalan tradisi bagi menyambut kedatangan Deepavali.

Nah, inilah hasilnya... :)






Hasil daripada jalinan hati dan perpaduan yang terbina. Walaupun kita berbeza, kita sebenarnya tetap sama. 

Dalam satu keluarga.

Dalam satu komuniti.

Dalam satu persahabatan.

Semoga kita kekal aman hingga ke generasi yang akan datang.

Sekian, wassalam.

Appreciate. Our differences. Appreciate.


No comments:

Post a Comment