Bismillahirrahmanirrahim...
Hari pertama mengendalikan blog. Sebelum ini, pernah juga aku terfikir untuk memiliki blog, namun terasa bimbang andai-andai aku tersalah guna. Tetapi setelah mendapat tugasan daripada Cikgu Mior untuk memiliki blog sendiri, aku yakin diri ini sudah cukup matang untuk perkara ini.
Hari pertama mengendalikan blog. Sebelum ini, pernah juga aku terfikir untuk memiliki blog, namun terasa bimbang andai-andai aku tersalah guna. Tetapi setelah mendapat tugasan daripada Cikgu Mior untuk memiliki blog sendiri, aku yakin diri ini sudah cukup matang untuk perkara ini.
Jadi,
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam perpaduan dan
salam 1 Malaysia!!!
Pemilik
blog yang sedang anda baca ini bernama Nur Hidayah Muhamad Saleh, berumur 16
tahun dan sedang menuntut di Kolej PERMATApintar. Andai anda belum pernah
mendengar nama sekolah ini, rajin-rajinkanlah
diri untuk mencari dan menekan butang Google! Tidak menghairankan andai orang
luar tidak mengenali sekolahku kerana sekolah ini terletak jauh ke dalam hutan,
jauh dari pencemaran dan penuh kesegaran. Jadi setakat itu coretan tentang
biodata diriku.
Saban hari,
pelbagai memori yang terjadi menggamit rasa dan mendidik hati. Pada hari ini,
kami sekelas perlu membentangkan tugasan Sejarah berkaitan tokoh yang dipilih
yang dirasakan mempunyai banyak persamaan dengan Pendeta Za’aba dalam konsep
tajdid. Mereka membahaskan mengenai tokoh-tokoh pilihan mereka, dan aku
membahaskan mengenai Tun Dr. Mahathir Mohamad. Mantan Perdana Menteri Malaysia
yang keempat ini menjadi pilihanku atas beberapa faktor, iaitu:
·
Tertubuhnya Universiti Islam Antarabangsa dan
Bank Islam semasa pemerintahan beliau
·
Menentang sekeras-kerasnya budaya kuning yang
dibawa oleh Barat
·
Menjadi orang penting dalam Pertubuhan
Persidangan Islam (Organization of Islamic Conference- OIC)
·
Lantang membela Palestin yang ditindas kejam
oleh Yahudi
·
Berusaha untuk memperkenalkan dinar emas sebagai
matawang yang sah dalam perdagangan antarabangsa menggantikan dolar Amerika.
Pada pendapatku,
beliau merupakan seorang yang amat berpandangan jauh, lantang bersuara dan
berani menegakkan kebenaran.. Padaku, letaklah sahaja beliau dimana-mana,
beliau akan tetap mempertahankan pendirian terutamanya berkaitan Islam,
walaupun keselamatannya terancam.
Aku
secara terbuka di hadapan rakan sekelas telah menyatakan kebimbanganku akan
generasiku kini. Padaku, masih belum terlihat antara generasiku kini yang mampu
mewarisi tahap intelek beliau. Tahap pandangan jauhnya. Tahap keberaniannya. Tahap
kelantangannya hinggakan Barat ketika itu tidak berani mencampuri urusan kita. Padaku,
generasi hari ini masih lagi hanyut degan hedonisme. Aku sebagai seorang
perempuan, sudah pastinya tidak mampu mencapai tahap itu. Walau hebat manapun
aku, aku perlu kembali kepada batasan fitrah. Aku melahirkan harapan supaya
rakan-rakanku yang berlawanan gender untuk menolak diri berfikir sepertinya. Dan
harapanku, semoga akan lahir pemimpin yang berwawasan seperti beliau, bagi
menjaga kemerdekaan yang kita banggakan selama ini.
Dan aku menunggu akan tibanya detik itu. Sekian wassalam.
Appreciate. Our freedom. Our Independence. Appreciate
Appreciate. Our freedom. Our Independence. Appreciate
No comments:
Post a Comment