Thursday, 30 October 2014

Lidah Tak Bertulang

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt dan salam hormat.

Pernah dengar peribahasa "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa"? Rasanya semua pernah dengar. Peribahasa yang berpesan kepada kita untuk sentiasa menjaga tutur kata dan ucapan.

Orang hari ini terlalu mudah menuturkan kata. Terlalu mudah untuk mengungkapkan. Terlalu mudah untuk meluahkan. Tanpa berfikir perasaan orang lain. Kerana mulut, kita boleh hilang keluarga. Kerana mulut, kita boleh hilang saudara. Kerana mulut kita boleh hilang sahabat.

Mungkin akan ada yang berkata,


"Eh, suka hatilah aku nak cakap apa pun. Mulut aku. Yang kau nak sentap apasal? Siapa kau nak suruh aku cakap baik-baik? Kalau kau tak suka, kau boleh berambus."

"Jadi, macam nilah yang kau nak jawab depan Allah nanti. Kau jangan lupa Allah boleh tarik nikmat kau bercakap tu bila-bila masa. Setiap patah perkataan yang keluar akan Allah tanya."

"Kau tak payah nak buat ceramah bebas kat sini. Kau peduli apa? Itu urusan aku dengan Tuhan. Kubur kau, kubur kau. Kubur aku, kubur aku."

"Kalau macam tu, bila kau mati, kau mandikan jenazah kau sendiri, kapankan sendiri, korek kubur sendiri, lepastu kau kebumi sendiri. Cakap besar sangat tadi kan? Apa tadi kau cakap? Mulut kau, suka hati kau... Kau jangan terkejut bila sampai satu masa tak ada sesiapa nak dengar cakap kau. Sebab telinga orang, suka hati diaoranglah nak dengar ke tak."


Mulut. Terlalu mudah menutur kata. Lidah. Tidak bertulang. Andai kata tak disertai akal, hancurlah bicara yang meniti di bibir. Lukalah banyak hati yang mendengar.


Sekian, wassalam.

Appreciate. Others feeling.

No comments:

Post a Comment