Sunday, 30 November 2014

Tanggungjawab


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt dan salam sayang.

Lama betul aku tidak mencoret, meluahkan pendapat. Faktor kesibukan, masa, kepenatan dan kemalasan menyebabkan blog ini terbiar begitu saja.

Hari ini aku ingin bercerita mengenai tanggungjawab. Ada yang kata, tanggungjawab itu bebanan.
Tanggungjawab itu amanah. Tanggungjawab juga adalah kepercayaan. Tetapi bagi aku, tanggungjawab itu sebenarnya amanah yang kita tanggung di dunia, dan kita jawab di akhirat samada kita melakukan dengan betul atau tidak.

Tanggungjawab tidak boleh dibuat main. Salah langkah, merana jawabnya. Mungkin ada yang begitu senang lenang melepaskan tanggungjawab. Lepas tangan kata orang. Tak ambil kisah. Tak ambil peduli. Tak mahu ambil tahu. Tak takut andai ditanya di hadapan Allah. Orang sebegini kalau ditegur pun tak guna. Bak kata orang utara "mangkaq".

Tambah2 pula kalau dia yang berada di atas. Langsung tak mahu dengar nasihat yang di bawah. Kalau lepas tangan dia sahaja yang susah tak mengapalah, tapi orang lain pun dapat 'habuan'. Sabar jela...

Haishhh, kalau manusia tu manusia jugaklah. Tak payah kata kat orang, diri sendiri pun lebih kurang je...

No comments:

Post a Comment