Assalamualaikum wbt dan salam kasih sayang.
Perasaan. Macam-macam bermain dalam hati. Marah. Kecewa. Dengki. Rimas. Suka. Cinta. Benci. Apa lagi? Terlau banyak bukan yang bercampur baur di dalam hati. Perasaan ni, susah kita hendak jangka. Rasanya, ramai yang melalui perkara yang sama.
Kita rasa benci, terselit juga rasa sayang. Kita rasa marah, terselit juga rasa kesian. Haihhh, payah ni. Susah bila tak memahami perasaan sendiri. Tambahan pulak, kita sampai sukar nak tafsirkan dengan kata-kata. Kiranya, tak ada ayat yang sesuai untuk menggambarkan rasa tu.
Diri ini turut pernah melalui semua ini. Biasalah zaman remaja, gelojak jiwanya sangat kuat. Isu persahabatan antara yang paling banyak memperkotak-katikkan (ada ke perkataan ni?) hati. Ye idok?
Bukan terpinggir, tetapi meminggirkan. Seorang meminggirkan yang ramai. Ahahaha, jarang-jarang berlaku tu. Ramai yang datang hanya bila diperlukan, itu perkara biasa.
Sejak dari awal sekolah menengah lagi dah macam tu. Saban tahun aku melalui perkara yang sama. dua-dua situasi itu bagaikan tidak mahu tinggalkan aku. Sayang betul mereka dengan aku.
Tapi bila tahun ni hampir melabuhkan tirai, perasaan muhasabah diri mula menjelma. KIsah yang lepas, tak perlulah nak ungkit lagi. Dah tinggal sejarah dah pun. Once upon a time lah katakan.
Buat sesiapa yang pernah atau sedang melalui 'perang perasaan' ini, sedikit kata-kata buat anda.
Jadi, bolehlah fikir, yang mana satu gambarkan kita dengan orang-orang yang bertandang dalam kamus hidup kita? ;)
Sekian, wassalam.
Appreciate. People around. The person that enters your life.
No comments:
Post a Comment