Tuesday, 28 October 2014

Ukhuwah vs Darjat

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt dan salam persaudaraan.

UKHUWAH. Apakah erti ukhuwah sebenarnya? Menurut Al-Quran, ukhuwah bererti perasaan kasih sayang, tolong menolong, bantu membantu, bertolak ansur, bermesra dan cinta mencintai diantara sesama umat Islam tanpa terkecuali.

Mendalam sebenarnya maksud itu. Perkataan 'tanpa terkecuali' benar-benar menusuk jiwa. Adakah kita menerima setiap manusia tanpa terkecuali? Ataupun kita melihat manusia dengan darjat yang berbeza.

Yang kaya dirai, yang miskin dicaci.
Yang pandai didampingi, yang bodoh dibenci.
Yang atas dijulang, yang bawah ditendang

Kalau hati kita menetapkan manusia berbeza darjat, pangkat yang menjadi racun dunia, tetapi mulut memperjuangkan ukhuwah itu, maka tiada makna sebenarnya. Kita hanya menipu. Bukan sahaja menipu manusia, malah diri sendiri.

Tiada apa yang membezakan manusia, kecuali amalnya. Kerana itu pentingnya ukhuwah itu. 
Ukhuwah dalam keluarga.
Ukhuwah dalam masyarakat.
Ukhuwah sesama jemaah.

Dan yang penting, ukhuwah sesama umat.

Walaupun kita berbeza daripada segala segi, tetapi kita dihubungkan dengan jalinan iman dan takwa. Terjalin dengan dua kalimah itu. Ya, dua kalimah itu.

Sekian, wassalam.

Appreciate. Without prejudice. We are just the same.

No comments:

Post a Comment