Wednesday, 9 December 2015

Tidak Mengerti

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt dan salam pertemuan kembali.

Empat bulan, aku tinggalkan entri ini.
Empat bulan, aku bergelut dengan diri.
Berusaha mencari kejayaan,
Meniti hari-hari perjuangan.
Tak perasan, tamat sudah pertempuran minda.
Dan menanti, cabaran di luar sana.

Entri ini khusus untuk coretan jiwa,
Yang sekian lamanya memendam rasa,
Kerana aku sedar ia tetap tidak disedari,
Oleh insan lain yang ada di sisi.

Tamat sudah SPM. Ada yang kata,
"Mesti lega kan?"
"Seghonokla hang cuti lama2 ni"
"Tak yah pikiaq pasai study dah"
"Merdeka dah la ni"

Tak. Salah sama sekali. Kata2 di atas hanyalah mewakili 15% daripada apa yang aku rasa. Adakah kalian fikir, tamatnya SPM ni kemerdekaan yang hakiki? TAK! Tolonglah faham yang sebenarnya aku rasa sakit dengan semua ni. Sakit. Separuh jiwa aku tertinggal bersama sahabat2, terutamanya Erudite. Dan sebahagian yang besar lagi sebenanrnya aku takut. Aku takut. Takut nak hadapi masa akan datang. Gentar dengan cabaran selepas alam sekolah yg pastinya lebih menyakitkan.

"Alah hang nak risau apa. Pandai"
"Nak takut apa, hang bukannya orang susah"
"Yang sedih sangat tinggal batchmate dah kenapa. Kan jumpa balik masa Asasi"

TAK! Kalian tak faham. Adakah kalian fikir pandai yang Allah bagi ni menjamin segala-galanya? Adakah kalian fikir kesenangan yang Allah bagi ni selama-lamanya? Adakah kalian fikir semuanya akan masih serupa seperti sebelum SPM? TIDAK! Tolonglah mengerti, semuanya tak seperti yang kalian sangkakan.

Mungkin kalian lihat aku anak yang kuat, menerima hakikat bahawa aku seorang anak angkat tatkala umur mencecah baru 12 tahun. Kalian melihat aku tidak menitiskan air mata di hadapan kalian. Kalian melihat aku begitu terbuka berbicara soal ini seolah olah tiada perasaan. Kalian melihat aku bagaikan keras hati, sedikitpun tidak menitikkan air mata tatkala pertama kali bertemu dgn Ayah setelah 16 tahun aku hidup. Itu yang kalian nampak. Yang kalian nampak.

Hakikatnya tidak. Hanya Allah yang tahu remuk redamnya perasaan ini. Hanya Dia yang tahu, seminggu aku menangis sebelum tidur, supaya tiada siapa yang perasan aku bersedih. Hanya Dia mengerti, betapa air mata sudah berada di birai, namun aku tahan, kerana tak mahu Ibu dan Umi turut menangis. Dan aku pura2 seolah-olah tidak terkesan dgn semua ini, sebab aku tahu, andai aku tak kuat, tiada siapa lagi yang akan membangkitkan mereka.

Dan kerana itu aku takut. Aku risau, aku di masa hadapan. Dapatkah aku berlaku adil terhadap kedua- dua keluargaku?Mampukah aku berbakti kepada kedua- duanya tanpa melukakan sesiapa pun. Mampukah aku? Kuatkah aku? Ini yang aku risaukan. Cukuplah. Aku tidak mahu menjadi anak yang derhaka. Jadi tolonglah fahami aku. Jangan pernah anggap hidup aku akan sentiasa mudah. TIDAK. Allah sedang menguji aku dengan perasaan yang cukup berat ini. Aku belum cukup berbakti. Belum.

Erudite juga, meremukkan jiwa tatkala terfikir semua membawa haluan sendiri selepas ini. Sedih. Namun tak ramai yang tahu betapa banyak air mata aku yang tumpah buat mereka ini. Aku pernah berlari ke hujung koridor asrama, berdoa sambil menangis tatkala hujan lebat membasahi bumi, khas untuk mereka. Kerana ketika itu aku terasa sakit apabila dilukai. Sakit. Terlalu sakit. Kerana sayang yang begitu tinggi, lantas tercalar teruk apabila dilukakan. Hanya Allah yang tahu betapa sayangnya aku pada mereka. Dan ketika menguruskan jamuan perpisahan, aku diuji lagi dengan mainan perasaan apabila bermasalah dengan pemimpin sendiri. Luka kau tahu? Luka. Tapi aku masih senyum, mengatakan aku tidak apa-apa. Dan kau juga tidak sedar. Penat tahu hidup bersandiwara. Penat.

Kerana terlalu banyak kasih yang tertumpah, aku bagaikan tak mampu untuk melepaskan mereka. Melepaskan insan2 yang menjadi kekuatan. Walaupun ada yang menghiris perasann, aku terima. Aku telan. Kerana apa? Kerana aku SAYANG! Tapi adakah kalian mengerti? Tidak! Tidak semua mampu membaca tangisan hati aku. Ramai anggap ini semua sebagai kenangan semata-mata. Tapi bagi aku tidak. Kalian bukan sekadar kenangan, malah pengorbanan dan boleh juga aku katakan segala-galanya. Tolonglah mengerti rasa sakit ini. Tolonglah.

Saat sedang menaip entri ini, mata ini kembali berkaca. Aku tak faham kenapa aku sering membebankan diri, merosakkan jiwa sebegini. Aku bagaikan tidak reda dengan aturan Dia. Mungkin ada yang melihat aku kerap menitiskan air mata di asrama. Cengeng gitu. Tapi mengertikah kalian bahawa aku terlalu kerap menahan air mata, hingga satu tahap, aku tidak mampu menangis di atas sejadah. Mengertikah? Tak mengapa, aku tahu jawapannya tetap tidak. Tak apa. aku faham.

Hargai apa yang ada di hadapan mata. Sebelum hilang di telan masa aturanNya.

Appreciate. Them. Even I'm not. I still love you.

No comments:

Post a Comment