Friday, 3 October 2014

Berkorban ke terkorban?

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt, salam pengorbanan dan salam sayang!

Kenapa salam pengorbanan? Dah tentulah kerana seluruh Muslim bakal menyambut Hari Raya AidilAdha, yang turut disebut sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban. Hari yang disambut sebagai simbolik kepada pengorbanan keluarga Nabi Allah Ibrahim a.s...

Hari ini, aku telah menerima keputusan peperiksaan secara keseluruhan. Alhamdulillah, walaupun tidak cemerlang seperti yang lain, tetapi aku tetap bersyukur. Aku tahu, apa yang aku perolehi adalah setimpal dengan apa yang aku usahakan dan apa yang Allah tetapkan adalah yang terbaik untuk aku. Mungkin jika aku mendapat keputusan yang cemerlang, aku akan menjadi sombong dan bongkak, lantas menjadikan aku semakin jauh dariNya. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita. Lapangkan dada, tenangkan hati dan berusaha untuk menjadi lebih baik daripada sekarang... Ok?

Jadi, apa kaitannya keputusan peperiksaan ini dengan pengorbanan?

Pagi tadi, Dr. Rorlinda berucap di hadapan kami para pelajar. Beliau menyentuh mengenai "Pengorbanan" ataupun dalam bahasa 'omputih' nya, "Sacrifies". Ya, pengorbanan.

Pengorbanan bukan sahaja dari segi wang ringgit malah kasih sayang, perhatian, kesetiaan atau dapat aku rangkumkan sebagai perasaan dalaman. Padaku, itulah pengorbanan yang paling bernilai. Paling berharga. Paling tiada tandingannya. Kerana tidak semua mampu untuk berkorban jiwa. Untuk berkorban perasaan.

Benar apa yang dikatakan oleh Dr. Menuntut ilmu merupakan satu pengobanan yang agak beasr bagiku. Menuntut ilmu bukan sekadar bangun pagi, hadir ke kelas, belajar, pulang dan kemudian mengulangi rutin yang sama stiap hari. Menuntut ilmu lebih daripada itu.

Kita berkorban rasa rindu pada keluarga. Walaupun hati menggamit untuk kembali ke rumah dan tinggal bersama keluarga, kerana ilmu, aku korbankan rasa itu kerana aku tahu, mereka juga sedang berkorban perasaan mereka.

Berkorban waktu tidurku yang tetap seperti dahulu. Jika dahulu, aku tidur 5 hingga 7 jam sehari. Tetapi kini, andai tugasan mulai menggunung, 3 jam sudah cukup membuatkan aku bersyukur kerana aku tahu, itu adalah obligasi aku sebagai seorang yang mencari ilmu.

Pengorbanan yang terbesar bagiku dalam menuntut ilmu adalah hati dan perasaan. Bagaimana aku mendidik hati untuk sabar dan terus tenang menerima tugasan demi tugasan yang diberi, sedangkan tugasan lain juga masih menimbun. Bagaimana aku melapangkan dada menerima keputusan, samada yang baik atau yang buruk.

Tuntasnya, menuntut ilmu bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang dilihat dengan kasar. Setiap apa yang kita lalui atas muka bumi Allah sentiasa ada ujian bagi mendidik hati kita. Yang paling penting, Lillahita'ala. Belajarlah kerana Allah, InsyaAllah, Allah permudahkan segalanya.

Sekian, wassalam...

Appreciate. The opportunity to learn. Our knowledge. Appreciate...



No comments:

Post a Comment