Wednesday, 29 October 2014

Bodoh Sombong

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt dan salam sayang J

Ok, berdasarkan tajuk yang terpampang jelas tu, apa yang bermain di minda anda semua? Kita hurai perkataan SOMBONG. Jawapan klise yang mungkin akan diterima adalah orang yang bongkak dan riak, berlagak, perasan bagus dan macam-macam lagilah jawapan unik.

Betullah jawapan anda semua tu. Tetapi apa kata kita renung sejenak. Orang yang sombong ni aku bahagikan kepada dua.

           ~ Sombong sesama manusia          
           ~ Sombong kepada Allah
Cuba kita fikirkan, antara dua ni, yang mana lebih parah, lebih kronik, lebih kritikal. Manusia yang sombong sesama manusia itu ada bersepah, dan senang kita nak perasan. Tetapi yang sombong kepada Allah inilah yang sukar kita nak perasan, dan kemungkinan besar, kita juga tergolong dalam kalangan tu. Astaghfirullahalazim, semoga Allah menjauhkan kita daripada sikap begitu dan mengampunkan kita.

Kalau sombong dengan manusia, kita boleh nampak. Cakapnya selalu besar. Dirinya sahaja yang hebat. Suka merendah-rendahkan orang lain. Sikap-sikap luaran ini jelas kelihatan. Tetapi macam mana pulak sombong dengan Allah? Apabila kita jarang BERDOA.


Kita tahu kita ni banyak dosa, tapi kita susah minta keampunan.

Kita tahu kita ni banyak dugaan, tapi kita jarang minta pertolongan.

Kita tahu kita ni banyak kelemahan, tapi kita payah nak minta kekuatan.

Kita tahu kita ni banyak melagha, tapi kenapa susah sangat nak minta supaya Allah beri sifat istiqamah dalam kita beramal?


Kenapa? Kerana kita SOMBONG dengan ALLAH! Kita tak nak minta. Lepas solat terus hilang. Lepas solat pegang gajet dulu. Lepas solat terus berborak. Sedangkan Allah cukup suka apabila hambanya merintih, memohon kepada Dia. Apabila dah terhantuk, barulah nak ingat minta pada Allah. Doa sampai setengah jam.

Oklah tu, sekurang-kurangnya ingat juga. Ni tidak, Allah dipersalahkan bila kena musibah.Yang spesis ni ada lagi satu kategori. Iaitu BODOH SOMBONG!

Hei, manusia, manusia. Semoga dijauhkan kita daripada menjadi hamba yang sombong kepada pencipta kita sendiri.

Sekian, wassalam.


Appreciate. The opportunity to pray. The chances to recite the dua’.

No comments:

Post a Comment