Monday, 27 October 2014

Keyboard Warrior


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt dan salam perdebatan.

Tiba-tiba salam perdebatan pulak. Bukanlah aku nak ajak berdebat, cuma nak membuka satu topik untuk kita sembang-sembangkan. Pasal 'Keyboard Warrior'. Pernah dengar istilah ini? Ya, Keyboard Warrior.

Siapa 'Keyboard Warrior' ni? Berdasarkan pemahaman aku, 'Keyboard Warrior' adalah sekelompok manusia yang suka memberi komen di laman maya, walaupun sebenarnya komen mereka beri itu tiada pun isi yang berguna untuk dicerna untuk para pembaca.

Keluar je satu-satu isu, mereka inilah yang paling pantas memberi komen, tanpa terlebih dahulu memahami kejadian yang sebenar. Komen-komen mereka juga kebanyakannya menjurus untuk menuding jari, meletakkan salah di atas bahu pihak lain.

Bangunan runtuh, si fulan ni salah.

Kapal karam, organisasi ni punya pasal.

Kapal terbang hilang, pihak ni yang jadi punca.

Acap kali salah itu diletakkan pada orang lain. Hanya tahu mengkritik, tanpa membantu secubit pun.
Cikgu tuisyen aku pernah cakap, kita tak layak untuk hukum dan tegur orang lain kalau kita tak ada usaha untuk bantu atau beri dia jalan keluar daripada kesilapan tu. 

Kalau setakat bercakap berdegar-degar, semua orang tak betul, tetapi langsung tak usaha untuk sumbang idea pembaharuan, baik tak payah komen. Padam komputer, tab, telefon bimbit dan gajet-gajet yang lain, lepas tu pergi tidur. Lagi baik daripada kutip dosa bercakap pasal perkara yang tak pasti.


Sekian, wassalam.

Appreciate. Chances to voice out our opinions. Speak wisely. Appreciate.

No comments:

Post a Comment