Monday, 27 October 2014

Terjajah Lagi

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt dan salam kemajuan.

Kali ini kita sembang tentang FESYEN! Satu topik yang amat digemari oleh para wanita khususnya.
Sebut saja pasal fesyen, kebanyakan wanita memang tidak ketinggalan. Tahu saja fesyen-fesyen terbaru. Baik baju, kain, seluar, rambut hatta tudung, semuanya diikuti dengan pantas.

Namun padaku, fesyen-fesyen yang membanjiri dunia bak cendawan tumbuh selepas hujan, jelas menunjukkan yang minda masyarakat Timur kini sedang dijajah. Lihat sahaja fesyen kini yang dengan jelas menunjukkan kebaratan. Dengan terdedah sana-terdedah sini, lantas menghakis kesopanan orang Timur.

 Fesyen rambut turut tidak ketinggalan. Yang perempuan nak tiru yang lelaki, yang lelaki pulak nak jadi macam perempuan. Yang perempuan kecoh nak rambut pendek, yang lelaki duk bangga dengan rambut panjang mengurai.

Fesyen baju, tak usah cakaplah. Baju yang perempuan terdedah habis, tak pun nipis macam tisu, tak pun sendat macam sarung nangka. Yang lelaki baju berlapis-lapis, berkilau-kilau dengan rekaan yang pelik-pelik.




Terjajah sungguh minda kita ni. Baru sedikit pengaruh yang masuk, suka betul kita nak ikut. Benda baik susah pulak. Ditentang habis-habisan. Haishh, tanda akhir zaman.

Renungkanlah balik diri tu. Kita ni jenis kalut nak ikut perkembangan fesyen, ataupun kalut nak ambil tahu pasal perkembangan dunia, negara, sekurang-kurangnya pun pasal keluarga sendiri.

Sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment