Sunday, 12 October 2014

Setitik Saja Nila

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt dan salam sayang J

Dah beberapa hari aku tak kemaskini blog aku ini. Kesihatan yang kurang memberangsangkan, ditambah pula dengan WiFi yang bagaikan biskut chipsmore. Haihh, sabar sajalah. Banyak kerja yang tertangguh apabila ketiadaan WiFi.

Sebenarnya aku pelik juga kenapalah kemudahan WiFi ditarik balik. Puas berfikir, sampai berkerut-kerut dahi (ada unsur paradoks di sini…). Rupa-rupanya disebabkan beberapa orang pelajar yang melanggar peraturan, habis pelajar-pelajar lain kena tempiasnya. Ikutkan hati yang geram, nak saja aku belasah pelajar itu kalau aku tahu (syaitan mula menghasut)
Tak dapat pulak gambar susu sebelanga

Jadi,`point’ utama yang nak aku sampaikan adalah >>> 
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Kenapa kita jadikan diri kita sebagai nila tu? Tak rasa bersalah ke, disebabkan kita, orang lain dapat masalah. Disebabkan kita, orang lain tanggung kesusahan.

Samalah macam perokok. Bahaya yang dia sedut cuma 25%, yang selebihnya kena pada orang sekeliling. Tak rasa berdosa ke apa? Kerana kita yang ketagih benda-benda merapu tu, orang lain yang kena penyakit. Paling kesian bila anak isteri yang kena. Kalau tak suka baik tingalkan ke, bunuh terus ke. Ini tidak, membunuh mereka sedikit demi sedikit. TAK RASA BERDOSA KE?

Along pernah cerita pada aku, ketika zaman dia belajar di politeknik dulu. Sekali tu, dia keluar ramai-ramai dengan kawan serumah ke satu restoran. Masa tengah tunggu makanan, ada seorang pakcik ni tiba-tiba duduk di meja bersebelahan sambil menghisap rokok. Asap rokok yang dihembus tu pulak menghala ke meja mereka. Ada seorang kawan along ni tidak dapat nak tahan lagi, lalu dia menghampiri pakcik tu sambil berkata,

“ Pakcik, kalau pakcik nak mati, pakcik mati seorang-seorang. Pakcik jangan ajak kami mati sekali,”


Bunyinya memang agak kurang ajar, tetapi itulah hakikatnya. Kesimpulannya, janganlah jadikan diri kita sebagai nila. Kelak nanti ramai yang benci.

Sekian, wassalam.

Appreciate. Your life. Appreciate.

No comments:

Post a Comment